Translate

Saturday, 20 July 2013


















  • Menjinakkan hedgehog:

    Menjinakkan hedgehog memerlukan usaha, ketekunan, kesabaran dan pemahaman. Menjinakkan hedgehog berbeza dengan menjinakkan haiwan peliharaan lain. Prinsipnya adalah bagaimana anda dapat membina ikatan (hubungan) dengan hedgehod
     anda. Dan kerana hedgehog mempunyai penglihatan yang buruk, maka membina ikatan dengan menggunakan deria hedgehog lain akan meningkatkan keberkesanan usaha anda. Berikut adalah cara-cara menjinakkan hedgehog  dengan pelbagai kaedah: 
  • -Kaedah Aroma:
    hedgehog mempunyai penciuman tajam, jadi sangatlah penting bagi hedgehog untuk mengenali aroma tubuh anda.
    Salah satu cara agar hedgehog mengenali aroma tubuh anda adalah dengan cara menyimpan kaos bekas anda ke dalam kandang. Nota: kaos bekas tersebut sebelumnya harus dipakai oleh anda seharian penuh dan jangan dicuci.Minyak wangi, sabun, asap rokok, dan benda-benda yang berpotensi memberikan aroma baru pada tubuh anda akan membuat hedgehog kebingungan.
  • -Kaedah Suara:
    hedgehog sangat sensitif dengan suara dan selalu menggulung atau menegakkan durinya ketika mendengar suara asing atau suara bising.
    Bicaralah pada hedgehog dan biarkan dia mengenali suara anda.Bercakap pada hedgehog saat dipegang, dimandikan atau semasa aktiviti santai yang lain akan membantu hedgehog terbiasa dengan suara anda.Suara bising atau suara yang tiba-tiba ketika membuka atau menutup pintu dan suara yang mengganggu lain akan membuat hedgehog tidak selesa.
    -Kaedah Raba:

    Satu cara yang terbaik dan paling mudah adalah meletakkan landak mini di pangkuan anda sambil menonton TV.
    Atau anda boleh cuba meletakkan landak mini di dada anda dan biarkan dia merasakan hangat tubuh dan detak jantung anda.Landak mini suka memanjat, jadi biarkan dia memanjat-manjat di tubuh anda.Selalu hulurkan tangan anda terlebih dahulu ketika mula memegang landak mini, sehingga dia akan mendatangi dan mengendus-endus tangan anda.
  • -Kaedah Rasa:
    Anda boleh cuba memberi makan hedgehog dengan meletakkan makanan di tangan anda. Sehingga landak mini dapat membezakan mana makanan dan mana tangan anda.
    Jangan biarkan hedgehog menjilat tangan anda kerana mungkin saja rasa tangan anda lebih lazat berbanding makanan, sehingga hedgehog dapat menggigit tangan anda.Empat kaedah di atas merupakan pengalaman dari beberapa pemilik hedgehog, anda boleh mencuba pelbagai kaedah lain. Semakin sering anda melakukan percubaan menjinakkan hedgehog, maka akan semakin meningkatkan kemungkinan landak mini menjadi jinak

https://www.facebook.com/HedgehogMalaysiaPage?ref=hl
­






Hedgehog:
       

        Hedgehog adalah mamalia insektivora kecil yang dapat ditemukan di seluruh dunia.. Hedgehog juga adalah haiwan asli di Inggris, Eropa, Afrika dan Asia.. Umur Hedghog biasanya mencapai Tahun 4-7.. Hedgehog menhadapi musuhnya DENGAN mengulung Diri seperti bola.. Ramai orang masih beranggapan bahawa hedgehog domestik adalah landak (procupine). 
        Yang sebenarnya mereka benar-benar berbeza dan tidak berhubungan. Sementara bulu landak benar-benar runcing, berduri, dan sangat berbahaya; bulu hedgehog rata dan tidak sampai runcing. Memegang hedgehog dapat dimiripkan seperti sikat rambut – kasar tetapi tidak berduri. Sebelum membuat keputusan untuk membiakkan Hedgehog, anda harus ambil kira sebab dan mengapa anda berniat untuk membiakkan mereka, yang paling penting siapa mahu menjaga anak yang baru dilahirkan nanti...



Terdapat pelbagai jenis Hedgehog:
  •  Albino
  •  Salt and Pepper
  •  Pinto
  • Tobiano
  • Silver
  • Charcoa
  • Silver Charcoal
  • Charcoal White