Translate

Thursday, 1 August 2013


Hedgie Potty Train


kebanyakan pemilik hedgehog tidak mengetahui bahawa hedgedhog adalah cukup bijak untuk diaajar "potty train". walaupun pratusan berjaya tidak 100% tetapi potty train tetap boleh diajar kepada hedgie pada semua peringkat umur.

lazim nyer hedgehog akan dimana2 sahaja jika tidak diajar potty train. hedgehog yg diajar potty train akan memudahkan pemiliknya untuk membersihkan "cage" kerana hanya bahagian toilet sahaja yg perlu dibersihkan~

*latihan ketika hedgehog masih muda adalah lebih berkesan

Persediaan utk Potty Train

1- Toilet
tailet utk pets mudah diperolehi di mana2 pets shops. berbagai2 jenis, bentuk, warna dan jenama yg bioeh didapati. semua jenis toilet boleh digunakan tetapi harus diingatkan bahawa toilet tersebut haruslah i) cukup besar untuk hedgehog (bukan saiz yg terlalu kecil @ terlalu besar) kerana toilet yg kecil akan menyebabkan hedgehog tidak selesa dan najis akan terkena pada badan hedgehog. ii) flat surface, banyak toilet yg dijual meggunakan dawai membolehkan najis dan air kencing jatuh kebawah. dawai ini tidak sesuai utk kaki hedgehog kerana menyukarkan hedgehog utk berjalan dan kaki mungkin tersangkut.

2- wet tissue
ini adalah dari pengalaman saya sendiri dimana haiwan boleh diransang utk berak dan kecing. wet tissue akan digunakan utk meransang hedgehog utk membuang dan melancarkan process "potty train".


langkah-langkah "potty train"

1- letakkan toillet di penjuru "cage" dimana berjauhan dari kawasan tidor hedgehog
2- ikat toilet supaya tidak bergerak @ disondol oleh hedgehog.
3- gunakan wet tissue utk lap punggung hedgehog. lakukan berulang2 kali utk meransang hedgehog.
4- telak hedgehog secepat mungkin ditoilet apabila nmpk hedgehog anda ingin membuang air.
5- biarkan sehingga hedgehog meniggalkan kawasan toilet. repeat step 3-4 berulang2 kali supaya hedgehog kenal kawasan toilet.

larangan & nasihat semasa potty train
1- jangan gunakan toilet sand utk kucing sbb hidung hedgehog sgt sensitive wlpn bnyk owner yg mengunakan pasir kucing tp adalah dinasihatkan supaya tidak menggukan pasir kucing kerana ia akan merosakkan deria hidu hedgehog.
2- sekiranya toilet anda mempunyai dawai, alihkan dawai tersebut.
3- jgn basuh toilet menggunakan sabun, hanya menggunakan air kerana bau yg masih tertinggal akan memudahkan hedgehog mencari toilet.
4- ini memerlukan kesabaran dan ketelitian. latihan yg berterusan akan memberikan pratusan berjaya yg lebih tinggi
5- sentiasa membersihkan toilet untuk mengelakkan hedgehog memijak najis nya sendiri.


soalan2 lazim mengenai potty train
Q- berapa lama latihan ini memakan masa utk berjaya?
A- bergantng pada personality hedgehog itu sendiri, ader hedgehog yg cepat belajar ader yg memakan masa yg lebih lama. latihan juga memainkan peranan, kekerapan latihan membolehkn hedgehog belajar dgn cepat.

Q- apakah umor yg sesuai utk diajar potty train?
A- semua peringkat umor boleh diajar potty train, tetapi adalah digalakan untuk diajar ketika masih kecil.

Q- bagaiman kiter boleh mengetahui hedgehog ingin berak @ kecing
A- sebagai seorang owner yg perihatin, owner tersebut seharusnya tahu perubahan gerak geri dan isyarat yg diberikan. antara isyarat lazim yang hedgehog akan berikan adalah akan senyap seketika, berjalan mengundur dan mengangkat ekor. isyarat2 lain juga kadang kala d berikan bergantung pada hedgehog itu sendiri.

Q- bagaimana ingin mengelakkan hedgehog memijak najis nya sendiri?
A- kerap membersihkan toilet dan hedgehog anda, kerana hedgehog yang biasa bersih akan belajar supaya menjaga kerbersihan diri sendiri.

maklumat2 yg saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman sy sendiri dan juga dari pemerhatian dan bacaan.
sekiranya ader kesilapan, adalah digalakkan utk membuat sebarang pembetulan.
diharapkan semua pemilik hedgehog dapat mengunakan maklumat ini dan selamat mencuba



No comments:

Post a Comment